Karangan ini menceritakan tentang riwayat hidup benda, haiwan dan pokok seperti kereta, kucing dan pokok pisang.
Cara menulis karangan jenis riwayat ini ialah murid mesti menganggap diri mereka seperti yang dikehendaki oleh tajuk karangan. Contoh tajuk karangan : 'Saya Seekor Kucing'. Jadi, murid harus mengetahui semua maklumat tentang kucing sejak mula dilahirkan, membesar dan kemudian mati.
Dalam hal ini, murid menukar diri mereka menjadi kucing dan berimaginasi bagaimana kehidupan seekor kucing yang biasa ditemui dalam kehidupan seharian mereka.
Saya dapati, murid-murid di sekolah Cina amat menggemari karangan jenis autobiografi ini berbanding jenis karangan yang lain. Mereka akan menghafal setiap baris ayat yang pernah dipelajari. Hasilnya, mereka akan memperoleh markah yang tinggi sekiranya menulis karangan jenis ini.
Apa yang penting ialah murid faham akan tajuk yang diberi, barulah mereka boleh menulis dengan tepat dan tidak terpesong.
Contoh-contoh tajuk karangan jenis autobiografi :
Aku Sebatang Pokok Kelapa
Aku Sebuah Kamus
Aku Sebatang Pensel
Aku Seekor Ayam
Aku Sebuah Telefon Bimbit
Saya Sehelai Baju
Saya Sepasang Kasut
Saya Seekor Burung
Saya Sepohon Bunga Ros
Saya Sebuah Basikal
1 comment:
nampak macam senang je...
Post a Comment