Selamat Datang Ke Blog Aziah Ahmad Hairi

Sunday, February 15, 2015

 Telok Cempedak


 i-city Shah Alam


 Hari Keluarga Haji Osman - Parit Mahang Kuala Selangor 25 Jan 2015



 Gambang Waterpark

 Genting Highlands

Friday, October 25, 2013

Bosan

Mengapa kini
hari-hari yang kulalui
sangat membosankan
sangat membebankan
sangat memualkan
sangat meragukan
sangat memalukan
sangat menakutkan
sangat mengaibkan
sangat mengecewakan
 
kerana aku
insan yang lemah
insan yang tidak berkuasa
insan yang masih hijau
insan yang serba kekurangan
insan yang tidak sempurna
insan yang terlalu inginkan
kesempurnaan dalam hidup

padahal...
aku biasa-biasa sahaja
seorang musafir di bumi Allah ini.
mengharap ihsan dariNya

Thursday, October 17, 2013

Bukan senang nak senang

Tak sangka...dah semester 6 aku sekarang....
Banyak dugaan dan halangan
harus ditempuhi sepanjang bergelar mahasiswi.....
bukan senang mengajar sambil belajar
banyak yang perlu dikorbankan
banyak yang terpaksa diabaikan
banyak yang terpaksa makan hati keranaku...
apakan daya
aku hanya insan biasa
yang jauh dari kesempurnaan...
melangkah selangkah ke hadapan
dengan pelbagai cabaran
aku tergoda
aku ternoda
hidup tanpa ada batasan waktu
hari-hariku pantas berlalu
apa yang pasti
bukan senang nak senang

Tuesday, December 18, 2012

Imbasan 2012

Rasanya tahun ni paling banyak aku keluar kursus n g jalan2 dgn suami dan anak.  Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas rezeki yang sentiasa ada dan berterusan.  Aku gembira dapat melawat banyak tempat dan menambah ilmu tentang dunia pendidikan melalui pelbagai kursus yang telah dihadiri.  Sesungguhnya tahun ini yang paling bermakna.  Ada 2 reunion juga utk thn 6 1985/1990 dan vokey juaseh 94/95.  Seronok dpt berkumpul dgn kwn2 masa sekolah rendah dan menengah dulu. Semoga hubungan silatulrahim dapat dieratkan dan berkekalan selama-lamanya.

Sem 4 di UPSI

Sekejap sahaja rasanya, dah pun tahun ke dua di upsi.  Masa ni tengah ulang kaji baca modul untuk menghadapi peperiksaan bagi semester 4.  Setakat ni tugasan ok, boleh la, sederhana je x la tinggi sangat markahnya.  Harap-harap xde la C utk sem ni.