Setelah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini, saya dapati komunikasi dengan murid dan guru lebih mudah dan berkesan. Jadi, saya dapat mengajar dengan senang hati tanpa memikirkan isu bahasa yang mudah difahami murid.
Di sini, murid Cina dan India menguasai Bahasa Melayu dengan baik kerana setiap hari mereka berkomunikasi dengan murid Melayu menggunakan Bahasa Melayu. Jika mereka berbahasa Cina, murid Melayu dan India tidak faham. Tidak hairanlah prestasi BM meningkat dan BC pula sebaliknya.
Rumusannya, keputusan Bahasa Melayu di sekolah ini sangat baik berbanding Bahasa Cina. Apa pun yang penting semua guru mesti berusaha meningkatkan pencapaian murid-murid dalam semua subjek.
2 comments:
seronok mengajar di sekolah baru ini...
yea terbaikkk...
Post a Comment