Selamat Datang Ke Blog Aziah Ahmad Hairi

Friday, October 25, 2013

Bosan

Mengapa kini
hari-hari yang kulalui
sangat membosankan
sangat membebankan
sangat memualkan
sangat meragukan
sangat memalukan
sangat menakutkan
sangat mengaibkan
sangat mengecewakan
 
kerana aku
insan yang lemah
insan yang tidak berkuasa
insan yang masih hijau
insan yang serba kekurangan
insan yang tidak sempurna
insan yang terlalu inginkan
kesempurnaan dalam hidup

padahal...
aku biasa-biasa sahaja
seorang musafir di bumi Allah ini.
mengharap ihsan dariNya

No comments: